top of page

DATA PROTECTION NOTICE (MALAYS)

Adventa Berhad – Notis Perlindungan Data Peribadi (Pelanggan)

 

Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (“Akta”), yang mengawal selia pemprosesan data peribadi di dalam transaksi komersial, adalah terpakai kepada Adventa Berhad (“Syarikat” atau “Kami”). Bagi tujuan notis perlindungan data peribadi ini (“Notis”), terma “Data Peribadi” and “Pemprosesan” adalah membawa maksud yang sama sepertimana yang diperuntukkan di dalam Akta.

 

Dengan melantik Syarikat untuk menyediakan perkhidmatan, berinteraksi, atau dengan menggunakan laman web Syarikat https://www.adventa.com.my/  (“Laman Web”), anda telah bersetuju dengan pemprosesan Data Peribadi anda oleh Syarikat dan semua orang yang terlibat dalam penyediaan perkhidmatan oleh Syarikat.

 

Kami komited untuk melindungi Data Peribadi dan privasi anda. Notis ini menjelaskan cara kami mengumpul, memproses dan mengendalikan Data Peribadi anda mengikut Akta. Sila ambil perhatian bahawa kami mungkin akan meminda Notis ini pada bila-bila masa tanpa notis terlebih dahulu dan sekiranya terdapat sebarang pindaan, kami akan memaklumkan kepada anda tentang pindaan tersebut melalui laman web kami dan e-mel.

 

(1) Data Peribadi

 

1.1 Jenis Data Peribadi

 

Data Peribadi yang diproses oleh kami termasuk (tetapi tidak terhad kepada):

 

  1. nama anda;

  2. alamat anda;

  3. butiran perhubungan anda; dan

   4. lain-lain maklumat anda seperti yang diminta dalam borang-borang kami.

1.2 Sumber Data Peribadi

Kami mengumpul Data Peribadi  secara langsung daripada anda, sebagai contoh, melalui borang permintaan pemprosesan dalam talian atau secara tidak langsung dari pihak ketiga.

1.3 Data Peribadi Wajib

Semua maklumat yang diminta dalam borang-borang yang berkaitan adalah wajib untuk anda bekalkan kepada kami kecuali dinyatakan sebaliknya. Sekiranya anda gagal untuk membekalkan maklumat wajib, kami tidak akan dapat memberikan anda perkhidmatan dan faedah berkaitan dengan servis dan/atau produk yang diminta.

 

(2) Tujuan-tujuan pengumpulan dan pemprosesan lanjut (termasuk pendedahan) Data Peribadi anda

Data Peribadi anda dikumpul dan selanjutnya diproses oleh kami seperti yang dikehendaki atau dibenarkan oleh undang-undang dan bagi tujuan-tujuan berikut, termasuk tetapi  tidak terhad kepada berikut:

 

  • penghantaran perkhidmatan atau produk kepada anda;

  • menghantar maklumat kepada anda melalui e-mel, atau cara telekomunikasi lain berhubung dengan perkhidmatan atau produk yang kami tawarkan;

  • memenuhi apa-apa keperluan undang-undang atau pengawalseliaan berhubung dengan penyediaan perkhidmatan atau produk kami dan untuk tujuan pengisytiharan di bawah kehendak mana-mana undang-undang, peraturan, arahan, perintah mahkamah, undang-undang kecil, garis panduan, pekeliling atau kod yang terpakai kepada kami ;

  • penyimpanan rekod dalaman kami;

  • komunikasi dan pertanyaan;

  • meningkatkan prestasi perkhidmatan Syarikat;

  • lebih memahami keperluan anda sebagai pelanggan Syarikat; 

  • keselamatan dan pencegahan penipuan;

  • analisis statistik data;

  • pemprofilan pilihan anda;

  • perkhidmatan pembiayaan dan pemasaran;

  • tadbir urus korporat yang baik oleh Syarikat;

  • latihan korporat Syarikat;

  • kemasukan dalam penglibatan media dan/atau sebarang peristiwa yang berkaitan;

  • penerbitan cetak dan dalam  talian; dan

  • untuk makluman kepada  pihak berkuasa kawal selia dan pihak berkuasa kerajaan bagi mematuhi kehendak undang-undang dan kerajaan.

 

 

 

(3) Penzahiran Data Peribadi

 

Kami akan memastikan bahawa Data Peribadi anda yang diberikan kepada kami akan disimpan secara peribadi dan sulit. Kami akan memastikan bahawa:

 

  • akses kepada Data Peribadi anda adalah terhad kepada pekerja-pekerja yang secara kontraknya dikehendaki untuk memproses Data Peribadi anda mengikut keperluan-keperluan tugas mereka masing-masing; dan

  • hanya maklumat yang diperlukan akan didedahkan kepada pekerja-pekerja berkenaan.

Data Peribadi anda mungkin dizahirkan kepada pihak ketiga yang berkaitan (sama ada di dalam atau di luar Malaysia) seperti yang diperlukan di bawah undang-undang atau menurut hubungan kontrak yang berkenaan (sebagai contoh, bilamana kami melantik pihak ketiga sebagai pembekal perkhidmatan).

Contoh-contoh pihak-pihak ketiga berkaitan yang akan menerima Data Peribadi anda adalah termasuk:

 

  • sekutu kami atau syarikat berkaitan;

 

  • mana-mana orang yang kami dikehendaki atau diperlukan untuk menzahirkan kepadanya Data Peribadi anda di bawah undang-undang atau sebagai respons kepada agensi yang kompeten atau kerajaan;

 

  • agensi kerajaan, pihak berkuasa berkanun dan pengawal selia industri;

 

  • juruaudit, perunding, akauntan, peguam atau penasihat kewangan atau profesional kami;

 

  • mana-mana pihak ketiga yang dilantik oleh kami untuk menyediakan perkhidmatan kepada kami atau bagi pihak kami, seperti penyedia perkhidmatan, syarikat percetakan, syarikat telekomunikasi, penganjur acara dan penasihat lain.

Sekiranya berlaku potensi, cadangan atau jualan sebenar sebarang perniagaan atau kepentingan dalam Syarikat, atau pelupusan, perolehan, penggabungan atau penyusunan semula Syarikat (“Transaksi”), Data Peribadi anda mungkin perlu dizahirkan atau dipindahkan kepada suatu pihak ketiga akibat daripada Transaksi tersebut. Anda dengan ini mengaku bahawa penzahiran dan pemindahan tersebut boleh berlaku dan membenarkan Syarikat untuk menzahirkan Data Peribadi anda kepada pihak-pihak ketiga tersebut dan penasihat-penasihat/wakil-wakilnya.

 

 

(4) Laman Web

 

4.1 Pautan ke laman-laman web yang lain

 

Kandungan dalam laman web kami mungkin termasuk pautan kepada laman web pihak ketiga. Kami tidak bertanggungjawab untuk kandungan laman web pihak ketiga yang dipautkan dan pengguna patut memerhatikan dasar privasi yang berasingan yang terpakai kepadalaman web pihak ketiga tersebut.

 

4.2 Cookies

 

Kami mungkin menggunakan cookies atau peralatan yang sama di seluruh laman web kami untuk meningkatkan prestasi laman web kami dan meningkatkan pengalaman pengguna anda. Cookies merupakan fail teks kecil yang mana laman web boleh letakkan pada komputer anda atau peranti mudah alih anda apabila anda melawat sesuatu laman web untuk kali pertama. Cookies akan membantu laman web, atau laman web lain, untuk mengenal pasti peranti anda apabila anda melawat laman web tersebut pada lain kali. Cookies juga berfungsi untuk mengingati nama pengguna dan kehendak anda atau menganalisis prestasi laman web kami.

Sesetengah cookies mengandungi data peribadi, sebagai contoh, jika anda klik "ingat saya" apabila log masuk, sesuatu cookie akan menyimpan nama pengguna anda. Kebanyakan cookies tidak akan mengumpul maklumat yang mengenal pasti anda, sebaliknya akan mengumpul maklumat yang lebih umum seperti bagaimana pengguna mengunjungi dan menggunakan laman web kami, atau lokasi umum pengguna. Sekiranya data peribadi dikumpul, data peribadi tersebut hanya akan digunakan untuk tujuan yang dimaksudkan sahaja, iaitu untuk bertindak balas terhadap mesej anda atau memberikan perkhidmatan yang diminta.

 

 

(5) Hak untuk akses dan meminda Data Peribadi

 

Anda berhak untuk mengakses dan meminda Data Peribadi anda yang disimpan oleh kami (tertakluk kepada pengecualian-pengecualian yang tertentu). Kami akan melakukan segala usaha untuk memastikan Data Peribadi anda adalah tepat dan terkini, oleh itu kami meminta agar anda memaklumkan terus kepada kami secepat mungkin sekiranya terdapat sebarang perubahan kepada Data Peribadi anda.

 

Sekiranya anda ingin mengakses atau meminda Data Peribadi anda, permintaan anda tersebut hendaklah di buat secara bertulis kepada butir-butir perhubungan  yang dinyatakan di dalam Seksyen 6 di bawah.

 

 

6. Pengehadan Pemprosesan Data Peribadi, pertanyaan lanjut dan aduan

Sekiranya:

 

  • anda ingin memperoleh maklumat lanjut tentang cara untuk mengehadkan Pemprosesan Data Peribadi anda;

  • anda mempunyai sebarang pertanyaan lanjut; atau

  • anda ingin membuat aduan berkenaan dengan Data Peribadi anda,

sila hubungi Adventa Contact Centre di 03-92130520 atau e-mel kami di contact.us@adventa.com.my

 

 

(7) Konflik

 

Sekiranya terdapat sebarang konflik antara Notis dalam Bahasa Inggeris dengan Notis dalam Bahasa Malaysia, terma-terma Notis dalam Bahasa Inggeris adalah terpakai.

bottom of page